Related Posts with Thumbnails

Isnin, Januari 11

TAHNIAH KEPADA AJL24

aku nak bercakap tentang anugerah juara lagu ke-24 yang berlangsung semalam..


apa yang aku boleh katakan tentang AJL ke24 ni ialah hebat!!maknanya promo besar-besaran tu bukan hanya kata-kata kosong!!first time aku memuji AJL..dari persembahan opening ke persembahan penutup,tidak menjemukan..

pengacara-pengacaranya juga serasi di pentas..faizal,ally,cheryl memang ada "kimia"..tapi kesian pulak aku tengok ally..asyik kena kutuk je daripada faizal..but ianya memang kelakar!!tentang stage,memang nampak begitu berprestij lah..dengan lighting nya,sound dan lain-lain..

tentang persembahan pembukaan yang disampaikan oleh dato siti nurhaliza dan lan tampak begitu lain dari yang lain..dato siti menyampaikan lagu "laguku untukmu" dalam tiga versi-balada,irama malaysia dan last sekali rock!!aku memang pujilah dato siti!!bagi je lah apa lagu pun kat dia,takde masalahnya dan beliau boleh menyampaikannya dengan baik..betul tak??


tentang persembahan-persembahan penyanyi2 yang bertanding semalam,aku nak salut kepada faizal tahir bcoz dalam keadaan diri dia yang masih sakit,beliau masih mampu melontarkan vokal yang bertenaga dan performance yang memukau!!itulah kelebihan faizal tahir..dan tidak sia-sia pengorbanannya apabila mendapat tempat ke3..tahniah!!

aku juga nak ucapkan tahniah kepada aizat yang berjaya menggondol dua anugerah utama iaitu juara lagu dan persembahan terbaik..dia memang layak untuk itu!!nyanyian yang bersahaja tetapi hebat!!

aku paling suka tengok yuna semalam..cute je..dalam duk menyanyi pun boleh selalu senyum..tahniah buat yuna kerana menjadi naib juara!!tak lupa juga buat black yang merangkul anugerah vokal terbaik..memang vokal dia pun power semalam kan..tahniah juga!!

satu lagi yang aku suka iaitu performance bunkface dengan lagu situasi!!memang rock habis!!yang best tu diorang bawak teen2 ke pentas nyanyi sekali..memang kenalah dengan muzik indie yang amat popular..sekali lagi,tahniah buat krew2 AJL24 yang menjadikan ianya hebat!!tahniah..


maturedBOYxxx:nak ucap selamat hari jadi kepada dato siti nurhaliza yang menyambut birthday yang ke31 pada hari ni..semoga panjang umur..murah rezeki..go dato siti!!

0 re$pon$:

Catat Ulasan