Related Posts with Thumbnails

Khamis, Januari 28

ALWAYS SUPPORT DATO SITI

sekarang ni kecoh satu malaysia tentang penarikan diri yang dibuat oleh dato siti nurhaliza pada anugerah bintang popular berita harian pada tahun hadapan..aku mula2 juga amat frust dengan keputusan dato siti..tapi lama kelamaan aku boleh terima kenyataan tu..

bagi aku lah kan,niat dato siti tu ikhlas nak bagi peluang kepada artis2 lain untuk merasa merangkul anugerah di abpbh..dato siti pun ada cakap bukan anugerah yang dikejar..

tapi yang aku tak tahan dakwaan sesetengah peminat artis2 lain yang mengatakan dato siti tarik diri sebab takut kalah!!diorang ni memang guna jalan mudah nak tarik undian!!!memang tahu sangat agenda diorang ni iaitu nak menjatuhkan dato siti almaklumlah dato siti kan artis no1 negara!!

aku yakin peminat2 dato siti tak akan lari!!peminat2 beliau semuanya setia kan!!termasuklah aku..kepada sitizoners,jangan pedulikan apa yang dikatakan orang kepada dato siti!!yang penting kita kerja keras mengundi dato siti tahun ni!!orang yang buat fitnah ni tanggunglah dosa ek..

memang tak dinafikan untuk ketegori penyanyi wanita popular,dato siti memang ada saingan hebat..aku tak nak cakaplah siapa penyanyi tu..rasanya korang semua mesti dah tahu..tapi aku amat yakin yang dato siti tetap akan pertahankan kemenangannya dalam ketegori tu..

aku amatlah mengharapkan agar kita semua2 peminat2 dato siti dapat menghadiahkan kembali dato siti title "bintang paling popular" sempena ulangtahun ke15 penglibatan beliau dalam industri seni pada 1 april..abpbh berlangsung pada 4 april..molek sangatlah tu nak bagi hadiah kan..

tapi dengan syarat kena kerja keras ok!!undi banyak2!!beli paper bh banyak2!!harga paper bh rm1.50 satu..kalau beli 10 helai sehari,baru 15 ringgit..ok lah kan..abpbh ni setahun je sekali..kita semua boleh lakukannya sitizoners!!

kepada dato siti,saya akan terus menyokongmu forever!!apa pun keputusanmu,saya tetap akan doakan yang terbaik buatmu...

maturedBOY:undi jangan x undi!!

Rabu, Januari 27

AVATAR MENUNDUKKAN TITANIC

akhirnya filem Avatar berjaya mengatasi rekod filem Titanic sebagai filem paling box office di dunia...

aku sebagai peminat setia Titanic..tak kecewa pun..bagi aku kedua2 filem ni sangat hebat..apatah lagi pengarahnya adalah orang yang sama...

setakat ni Avatar mengaut 6.317 billion manakala Titanic kutipan keseluruhannya 6.226 billion..memang hebatlah kan pengarah filem2 ni..bayangkan dalam masa 13 tahun,dapat lahirkan 2 filem paling box office di dunia..tahniah james cameron!!

pastinya kutipan keseluruhan Avatar boleh meningkat lebih tinggi..mungkinkah akan berjaya mencapai 10 billion??rasanya tak mustahil..dengar-dengarnya Avatar akan ada sekuelnya akan datang..macam mana ni??aku sendiri pun tak tengok lagi filem ni..wuahhhhhhhhh!!

mesti lepas kalau james cameron buat filem,orang serbu panggung kan!!orang dah percaya pada bakatnya yang hebat mengarah filem!!rasanya ramai kot kat malaysia ni yang tak kenal james cameron..takpe..nah,aku letak gambar dia..

Avatar dan Titanic adalah dua kisah yang berbeza..jadi memang tak hairan lah kenapa Avatar boleh pintas Titanic..orang zaman sekarang memang suka filem yang lain daripada yang lain..sentiasa inginkan perubahan..


for me,Titanic tetap hebat!!aku memang tak puas tengok filem ni..ingat nak beli dvd filem ni or download je..filem ni amat menyedihkan..kekuatan cinta jack n rose amatlah kuat..hahahaha..jiwang lah pulak aku ni!!

persoalannya,adakah akan ada filem lain yang dapat mengatasi Avatar dan Titanic suatu hari nanti??we wait and see!!




FIRST DAY OF TOV TEST

pagi tadi adalah hari pertama aku menduduki ujian tov 2010 pmr yang juga ujian pertama pada tahun ni..

pagi tadi subjek pendidikan islam dan bahasa melayu kertas 2..kertas pendidikan islam boleh dikatakan 50:50..ada susah ada senang..tapi aku minat subjek ni..wajib kena dapat A dalam pmr nanti..malu lah aku kalau tak dapat A kan..

bahasa melayu kertas 2 amat menyenangkan..bukan mahu riak tetapi itu kenyataannya..alhamdulillah,idea2 nak buat karangan cepat je aku dapat..jadi menulis pun lajulah..mungkin aku dah terbiasa dengan soalan2 ni kot..maybe..

pada masa yang sama,aku sangat2 geram!!bayangkanlah dah form3 pun ada lagi yang meniru dan berbincang smasa exam!!cikgu2 pulak lepas masuk kelas,keluar merayau2..memang senanglah pelajar2 ni nak meniru..ada juga kawan aku yang tanya aku smasa exam,but aku buat "bodoh" je.... hehehehehe

tak tahulah apa nak jadi dengan diorang ni..even aku tak bijak,at least aku tak meniru.. bagi aku biarlah diorang dengan perbuatan diorang..tak ada apa yang nak dibanggakan apabila dapat markah tinggi cos disebabkan meniru!!tak de maknanya!!

maturedBOY:doakan aku dapat keputusan yang cemerlang..amin...

Jumaat, Januari 22

SI BOTAK HAGEMARU

rasanya dah ramai yang kenal kartun hagemaru ni kan..yang kat astro ceria tu..aku tahu memang ramai orang yang suka tengok kartun ni termasuklah aku sendiri..

kartun ni memang kelakar!!memang tak bosan even ulang tayang yang sama..macam budak2 pulak aku ni..tapi betul2 best!!cerita ni start tayang di astro ceria pada akhir tahun 2008..mula2 aku pun tak suka jugak..tapi lama-kelamaan boleh suka!!

as we know,kartun ni mengisahkan seorang budak yang pelik dan kedekut bernama "hagemaru"..aku paling suka tengok family dia yang lebih dashyat kedekut dan kepelikannya..best kan jadi diorang..hidup sentiasa ketawa..tak payah nak sedih2!!

kalau boleh semuanya mahu percuma!!hahahahaha..for me,mak dia lebih menyakitkan hati!!hehehehe..semua yang hagemaru minta ada je benda2 yang pelik dia buat!!mamamamamamamamamamama!!kadang2 sian lak aku tengok hagemaru..

kat sekolah pulak,cikgu sakura kena melayan kerenah hagemaru..memang menyakitkan mental!!tapi kalau tak ada hagemaru,cikgu sakura dan kawan2 hagemaru mesti sunyi!!dalam duk nakal,ada juga orang yang sayang kat dia!!

boleh dikatakan,semua benda yang dibuat hagemaru dan keluarganya semua dalam situasi pelik!!tapi diorang hidup bahagia..betul tak??


antara episod2 hagemaru..enjoy!!






maturedBOY:sekarang ni aku tengah cari komik2 hagemaru..pegi kedai x jumpa pun..ada sape2 boleh tolong aku nak cari kat mane??atau di negeri aku,terengganu x sampai lagi??aku nak sangat baca komik hagemaru..hehehehe

RATED R-RIHANNA

semalam aku baru je siap download album rihanna yang terbaru yang bertajuk "Rated R"...

komen aku tentang album ni adalah sangat hebat!!dari lagu pertama hinggalah lagu terakhir,semuanya memang menghiburkan dan tidak bosan..aku paling suka lagu "russian roulette" dan "hard"..

album ni memang menampilkan sisi kematangan rihanna sebagai penyanyi..suara dia best..vokal memang power!!tengok saje cover album ni..muka macam nak makan orang!!betul tak??maybe dia terlalu geram dengan chris brown yang menumbuknya pada awal tahun lepas..

tapi tak sia-sia tempoh pembikinan album ni yang begitu lama tapi berkualti wa cakap!!sungguh..tak tipu..try lah beli..aku ni download je cos xde bajet!! hehehehehe..dalam album ni,ada beberapa ganre muzik yang belum pernah rihanna bawakan sebelum ini..contohya lagu "russian roulette"..


bukti kehebatan album ni apabila terjual 181,000 unit pada minggu pertama di pasaran di amerika syarikat!!wow!!..kepada yang belum dapatkan album ni,silalah dapatkannya di kedai yang berdekatan..

LAGU-LAGU DI DALAM ALBUM NI:
1-mad house
2-wait your turn
3-hard
4-stupid in love
5-rockstar 101
6-russian roulette
7-fire bomb
8-rude boy
9-photographs
10-G4L
11-te amo
12-cold case love
13-the last song

rate aku untuk album ni-*****

maturedBOY:ulasan di atas ni adalah hasil tulisan aku sendiri..bukan copy and paste..tq

Khamis, Januari 21

LADY GAGA @ OPRAH SHOW

sebagai peminat Lady GaGa,aku nak berkongsi dengan korang semua gambar dan rakaman-rakaman semasa dia muncul di rancangan Oprah Show yang pengacaranya Oprah Winfrey tu..rasanya semua orang tahu..

ni gambar dia dengan Oprah after show tu..cuba tengok rambut dia..berduri!! hahahaha..dia memang terkenal dengan perkataan "pelik" kerana sentiasa menampilkan sesuatu yang unik..dari hujung rambut hingga hujung kaki..semuanya pelik!!tapi sebab tu juga lah aku boleh minat dia di samping muziknya yang hebat!!

sampaikan Oprah sendiri pun ikut stail dia dalam pic ni..macam nak cakar orang!!itu sebenarnya terjemahan dari 2nd album dia yang bertajuk "The Fame Monster"..agaknya macam monster lah kan...hehehehe..

ikutilah rakaman temubual bersama Lady GaGa dalam program tu..






Rabu, Januari 20

EXAM

dah lama aku tak post..sori,tersangat lah bz..kalau aku on pun,update twitter n facebook je..

perkembangan terbaru aku ialah aku bakal menghadapi exam pertama tahun ini pada minggu hadapan..bermula 27 januari until 2 februari..ujian ni memang diadakan khas bagi menilai pelajar2 untuk permulaan..usually,exam yang dipanggil "TOV" ni memang susah..tapi tak tahu lah macam mana kan..

dalam hati aku ni,berdebar lah jugak kan even ini bukan pmr lagi..aku tetap kena buat yang terbaik..betul tak??subjek yang paling aku gerun tentulah bahasa arab dan sains..tapi more to sains lah..memang pening kepala lah kalau anda semua berada di tempat saya..sains form 3 memang susah!!bayangkan setiap hari kena belajar structure body..dah lah bercabang2,berbelit2 n other..

tak lah sampai tension macam gambar ni..hehehe

tapi apa lah daya aku kan??dah buku teks tu kata kena belajar ni,so aku belajar je lah kan..tapi nasib baik lah cikgu yang mengajar sains aku ni jenis sporting..x garang lah..agaknya lah kalau cikgu ni garang,rasanya susah lah nak masuk apa yang dipelajari kan!!

ooo...lupa nak beritahu yang kelas aku ada pelajar baru dari johor but dia asal orang terengganu..seorang budak lelaki yang agak pendiam tetapi bijak!!rasa-rasanya ramai pelakar perempuan yang nak tackle dia..hahahaha..just my feeling..i dunno the truth..

so tolong ya doakan aku agar aku dapat jawab soalan peperiksaan dengan baik dan lancar ya..

maturedBOY:jangan lupa mengundi dato siti nurhaliza untuk penyanyi wanita popular dan bintang paling popular di abpbh2009!!

Isnin, Januari 11

TAHNIAH KEPADA AJL24

aku nak bercakap tentang anugerah juara lagu ke-24 yang berlangsung semalam..


apa yang aku boleh katakan tentang AJL ke24 ni ialah hebat!!maknanya promo besar-besaran tu bukan hanya kata-kata kosong!!first time aku memuji AJL..dari persembahan opening ke persembahan penutup,tidak menjemukan..

pengacara-pengacaranya juga serasi di pentas..faizal,ally,cheryl memang ada "kimia"..tapi kesian pulak aku tengok ally..asyik kena kutuk je daripada faizal..but ianya memang kelakar!!tentang stage,memang nampak begitu berprestij lah..dengan lighting nya,sound dan lain-lain..

tentang persembahan pembukaan yang disampaikan oleh dato siti nurhaliza dan lan tampak begitu lain dari yang lain..dato siti menyampaikan lagu "laguku untukmu" dalam tiga versi-balada,irama malaysia dan last sekali rock!!aku memang pujilah dato siti!!bagi je lah apa lagu pun kat dia,takde masalahnya dan beliau boleh menyampaikannya dengan baik..betul tak??


tentang persembahan-persembahan penyanyi2 yang bertanding semalam,aku nak salut kepada faizal tahir bcoz dalam keadaan diri dia yang masih sakit,beliau masih mampu melontarkan vokal yang bertenaga dan performance yang memukau!!itulah kelebihan faizal tahir..dan tidak sia-sia pengorbanannya apabila mendapat tempat ke3..tahniah!!

aku juga nak ucapkan tahniah kepada aizat yang berjaya menggondol dua anugerah utama iaitu juara lagu dan persembahan terbaik..dia memang layak untuk itu!!nyanyian yang bersahaja tetapi hebat!!

aku paling suka tengok yuna semalam..cute je..dalam duk menyanyi pun boleh selalu senyum..tahniah buat yuna kerana menjadi naib juara!!tak lupa juga buat black yang merangkul anugerah vokal terbaik..memang vokal dia pun power semalam kan..tahniah juga!!

satu lagi yang aku suka iaitu performance bunkface dengan lagu situasi!!memang rock habis!!yang best tu diorang bawak teen2 ke pentas nyanyi sekali..memang kenalah dengan muzik indie yang amat popular..sekali lagi,tahniah buat krew2 AJL24 yang menjadikan ianya hebat!!tahniah..


maturedBOYxxx:nak ucap selamat hari jadi kepada dato siti nurhaliza yang menyambut birthday yang ke31 pada hari ni..semoga panjang umur..murah rezeki..go dato siti!!

Jumaat, Januari 8

REVIEW ALBUM ANIMAL-KE$HA

rasanya di malaysia ni dah ramai kot yang dah kenal ke$ha kan..yang nyanyi lagu tik tok tu..memang best lah lagu tu!!meletup habis

album ni dipasarkan pada 5 januari 2010 di united states..tapi tak tahulah album ni available lagi ke tak di malaysia..aku memang tak beli lagi album ni,tapi aku dah dengar kesemua lagu-lagu dalam album ni di official ke$ha's myspace music

apa yang aku boleh aku simpulkan,album ni memang superb!!penuh dengan hits..kalau korang tak caye,try lah klik link di atas ni..ganre muzik yang dibawakan oleh ke$ha ialah pop,dance electronic..muzik dia ni macam lady gaga lah jugak..rancak!!
suara dia ni pun ok jugak..aku pun dah tengok dia punya performance,not bad..lagu yang aku paling suka dalam album ni sudah semestinya "tik tok" dan "dinasour"..semua lagu dalam album ni ke$ha sendiri yang jadi komposer..memang berbakat lah dia ni..pemuzik di hollywood pun ramai yang puji album ni..aku rasa dia ni boleh jadi antara penyanyi yang hebat nanti menandingi britney spears,lady gaga dan lain-lain..

LAGU-LAGU DALAM ALBUM NI:

1-Your Love Is My Drug"

2-Tik Tok
3-Take It Off
4-Kiss n Tell
5-Stephen
6-Blah Blah Blah
7-Hungover
8-Party at a Rich Dude's House

9-Backstabber
10-Blind
11-D.I.N.O.S.A.U.R.
12-Dancing with Tears in My Eyes 13-Boots & Boys
14-Animal

rated aku untuk album ni:****

-maturedBOYxxx-

NOVEL TWILIGHT

aku nak bercerita pasal novel twilight..

last week,aku dah beli novel twilight yang pertama punya..malay version lah..aku memang lah boleh baca in english but rasanya lebih best kalau baca dalam malay kan..memertabatkan bahasa melayu..hehehehehe..

aku beli beli novel ni bukannya apa,aku nak baca lah juga novel yang paling laris di dunia ni..ramai sangat orang yang suka baca novel and watch movie twilight ni lenih-lebih lagi remaja seperti aku ni..jujur,aku tak pernah watch pun kedua-dua filem sekuelnya,"twilight" dan "new moon"..so aku plan nak baca novel je lah..best jugak kan..

twilight ni ada empat novelnya iaitu..twilight,new moon,eclipse and breaking dawn..kalau boleh aku nak beli dulu tiga yang last tu and then baca lepas pmr finished baru best..tiada gangguan..betul tak??

aku beli novel yang pertama tu dengan harga RM35..berbaloi lah kan..tebal novelnya..tak rugilah kan..novel ni ditulis oleh stephanie mayer..novel yang pertama tu aku baru je baca smpai m/s 25..hahahahahaha..

SO FAR SO GREAT

selama seminggu aku belajar untuk tahun 2010 ni,alhamdulillah aku cepat menyesuaikan diri dengan suasana baru,kawan baru,cikgu-cikgu baru..

cikgu-cikgu yang mengajar aku semuanya "ngam" dengan aku..hehehehe..tentang kawan-kawan pula,ramai juga kawan-kawan aku yang aku dah rapat tahun lepas..so tak ada masalah lah..baru2 ni je ada budak baru dari johor yang berpindah ke sekolah aku dan kebetulan menetap di kelas aku..best jugak dapat kawan baru..tapi dia ni jenis agak pendiam..

aku pergi sekolah dengan menaiki van..tahun ni kira tahun ke3 aku naik van tu..tahun depan plan nak ambik lesen motorsikal then pergi sekolah naik motorsikal!!apa lagi kan..

aku juga nak bercerita pasal sekolah aku pada tahun ni yang peraturannya semakin ketat!!takut juga mendengarnya kan..kali ni,pk HEM sekolah akan collect buku2 pelajar untuk pihak sekolah check adakah pelajar2 buat homework atau nota..kiranya dua kali check lah after cikgu..tapi apakan daya aku..aku hanya pelajar yang hanya mempu mengikut peraturan sekolah..aku ok je...



last,aku nak berkongsi tentang misi aku untuk get 9A dalam pmr tahun ni..pmr akan berlangsung pada pertengahan bulan oktober nanti selepas raya..aku memang dah tanam azam yang tinggi untuk berjaya..aku ingin sangat nak hadiahkan kejayaan ini kepada kedua-dua ibu bapa kesayanganku..aku harap kamu yang membaca ni dapat mendoakan aku ya..

-maturedBOYxxx-


Selasa, Januari 5

AVATAR PECAH PANGGUNG KAUT LEBIH 1 BILLION

wow!!memang hebatlah filem arahan james cameron ni!!bayangkan selepas 17 hari sahaja masuk panggung di seluruh dunia,filem tersebut mengaut 1.19 billion!!

aku sendiri pun tak watch lagi!!ingat nak download je..hehehe..aku xde mase lah nak buat semua tu..aku tengah sibuk study nak face pmr oktober nanti..tentang filem ni,aku rasa memang best bcoz ramai sangat yang puji filem ni!!

korang tahu tak yang pengarah filem ni merupakan pengarah filem paling box-office sekarang ni iaitu "titanic" yang juga filem favourite aku!!james cameron ni memang hebatlah..dia bijak menghasilkan filem yang berkualiti dan lain dari yang lain!!

aku pun tak tahu bila aku boleh watch movie ni!!mungkin dalam masa terdekat atau after pmr finish..buat masa ni,aku fikir aku x boleh sangat nak care pasal movie2 ni..kena focus belajar..hope one day i'll watch it!!